Chart sistem didalam forex
Terdapat berbagai2 chart yg sering digunakan oleh para trader dalam melihat harga terkini pasaran. Kita akan menyentuh 3 chart utama sahaja iaitu Line, Candle Stick dan asas Moving Average (MA). Chart price ini amat penting bagi menentukan apakah pergerakan seterusnya market samada follow trend, sideway atau lain2 pattern.
Line Chart
Line chart ialah harga pasaran yg dipaparkan didalam bentuk garis2.
Ianya sangat mudah untuk difahami terutamanya kepada mereka yg
baru berjinak2 didalam bidang forex. Posisi top dan bottom dpt
dilihat dgn lebih jelas dgn pengunaan line chart ini.

Dengan di tambah dengan beberapa indi yg lain, ianya dapat membantu
utk menentukan kearah manakah pasaran akan bergerak selepas ini.
Candlestick (CS)
Candlestick ialah paparan harga pasaran terkini yg paling popular
dikalangan para trader. Ini kerana informasi yg terkandung didalam setiap
CS itu sangat bermakna, bergantung kepada kefahaman para trader itu sendiri.

Antara kelebihan2 CS ialah;
Cara membaca CS ialah

Gambar diatas ialah cth utk CS menaik. Utk CS menurun, harga dibuka dan harga ditutup ialah terbalik.
Utk keterangan lebih lanjut ttg bacaan CS sila rujuk laman web ini
Moving Average (MA)
Moving average bukanlah satu sistem charting, bagamanapun ianya amat penting dan berguna kpd para trader utk difahami. MA ialah asas kepada kebanyakan sistem yg ada sekarang ini spt Vegas, Sidus, Bunnygirl dsb.
Antara setting2 asas utk MA ialah Simple Moving Average SMA, Exponential Moving Average EMA dan Weight Moving Average WMA. Terdapat kelebihan masing utk menggunakan mana2 MA tsb. MA pula perlu diletakkan setting parameternya spt period. Period ialah jumlah berapa hari pergerakan market yg akan dikira utk dijadikan sebagai MA.
Kebiasaannya trader menggunakan SMA14 dan akan di gandingkan dgn SMA50. Pergerakan kedua2 MA ini yg bersilang dikatakan sebagai satu signal samada utk menjual ataupun membeli pair.


