Teori 1. Fibonacci
Secara asasnya Fibo mula2 dicipta oleh seorang ahli matematik bernama
Leonardo Fibonacci maka sistem pengiraan matematik ini dinamakan sempena
nama beliau. Fibo ialah satu set pengiraan matematik yg berasaskan
nisbah : 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89.. dan seterusnya.
Secara amnya pengiraan fibo ialah 1+1=2, 2+1=3, 3+2=5 dan seterusnya.
Ok jika dibahagikan nombor yg berturut2, 55/89 = 0.618, dan jika
dibahagi 2 nombor yg berselang, 21/55 = 0.382.
Tamat mengenai teori matematik, mengapakah fibo penting kpd market?
jika setiap benda didunia ini dipengaruhi oleh fibo spt bangunan,
pokok, piramid dsb, maka market juga terpengaruh oleh syarat2 fibo.
Namun beberapa nombor sahaja yg dipraktikkan oleh trader;
Fibonacci Retracement Levels
0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.764
Fibonacci Extension Levels
0, 0.382, 0.618, 1.000, 1.382, 1.618
Antara paras2 yg terpenting ialah 61.8%(0.618) dan 38.2%(0.382)

Penggunaan fibo lebih kepada support dan resistance. Yg mana trader
akan menjangkakan diamanakah market akan berhenti, dimanakah market akan bertukar arah dsb.
Anda boleh mendalami penggunaan fibo dia website www.babypips.com
Teori 2. Elliott Wave
Elliott wave ialah satu teori yg mana menunjukkan
tentang kitaran sesuatu wave itu sendiri. Teori EW menyatakan
bahawa setiap gelombang itu mempunyai kitaranya sendiri yg
dibahagikan kepada 2, dipanggil; Impulse wave dan Corrective wave.
Impulse wave dibahagikan kepada 5 bahagian, 1-2-3-4-5 manakala
corrective wave pula dibahagikan kepada 3 a-b-c.

Antara syarat2 utama untuk menggunakan teknik ini ialah trader mestilah
mempunyai pemahaman yg sgt mendalam ttg pergerakan wave itu sendiri.
Syarat penggunaan yg biasa ialah;
Walaupun secara asasnya teori ini sgt mudah utk digunakan ttp secara praktikal menunjukkan bahawa ianya sgt sukar utk dijangka. Terdpt berbagai2 jenis gelombang yg akan mengelirukan walaupun utk trader yg berpengalaman. Terdpt juga keadaan dimana ianya dipanggil wave within wave (gelombang didalam gelombang). Anda boleh melihat cth2 Elliott wave di website ini.
Teori 3. Pivot Point
Antara teori yg sangat popular dikalangan para trader
ialah teknik Pivot Point (PP). Teknik ini adlh sgt popular
digunakan sebagai support dan resistance, untk menentukan tahap
tertinggi atau terendah sesuatu pergerakan market. Kebiasaannya PP
akan datang bersama R1,R2,R3 dan S1,S2,S3. Terdapat berbagai2 pengiraan
PP ini, namun secara asasnya pengiraan PP ialah;
PP = (H + L + C)/3
Resistance 1 =(PPx2)-L
Resistance 2 =PP+H-L
Resistance 3 = High + 2*(Pivot - Low)
Support 1 =(PPx2)-H
Support 2 =PP-H+L
Support 3 = Low - 2*(High - Pivot)
Anda tidak perlu utk menghafal semua formula ini kerana sememangnya
terdpt byk indikator yg membuat pengiraan ini secara automatik.

Cth penggunaan Pivot Point.


